Sunday, February 5, 2017

GUANO.MY - Blog Untuk Kaki Jalan Dan Makan

Jalan-jalan dan makan-makan, siapa tak suka yea tak? Ayie tak berkecuali, saat jalan-jalan holiday sambil makan-makan adalah moment yang paling best.

Tapi banyak kali juga Ayie dan keluarga pergi holiday ni tak tahu mana tempat nak dituju, end up tido di bilik hotel atau homestay je tanpa apa-apa benda baru.

So apa yang Ayie buat kali ini adalah membina satu blog khas untuk jalan-jalan dan cari makan sahaja. Segala input yang Ayie dapat dan mungkin berguna untuk anda akan dikongsi di blog ini.

guano.my blog untuk kaki jalan dan makan

Kenapa nama Guano? Apa benda tu?  Guano adalah berkataan yang seringkali digunakan oleh orang pantai timur especially Kelantan dan Terengganu yang bermaksud 'bagaimana'.

Ayie pada asalnya target untuk promosikan pantai timur, tapi setelah berfikir-fikir kenapa nak dilimitkan geolocationnya, yea tak?

Harap bermanafaat untuk semua, Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment