Sunday, January 1, 2017

Wajah Baru AYIE DOT MY

ayie dot net

AYIE DOT MY sekarang berwajah baru. Mesti ada yang tertanya-tanya mana pergi blog lama kan? Untuk pengetahuan korang blog lama kena virus, ya.. KENA VIRUS!

Macam mana tahu kena virus? VPS pakcik dok sending spam email walaupun pakcik tak de service email pun. So (setelah VPS suspended berkali-kali) langkah pencegahan malas pakcik adalah dengan backup semua files, database dan REFORMAT balik VPS.

So apa function VPS pakcik sekarang? Sekarang ni just jadi autopost server je. Sedih amat sebab underutilized.

virtual private server



Kenapa blogger jadi pilihan? Banyak faktor sebenarnya kenapa blogger jadi pilihan. So pakcik list downkan kenapa platfom blogger.
  • Kelajuan - Hardware Google memang tiptop habis kalau nak dicomparekan dengan VPS pakcik sekarang. Network dia memang marvelous kalau nak dicomparekan dengan 100mbit connection VPS pakcik sekarang. 
  • Cloud hosting - Memang pakcik tak boleh lawan yang ni sebab pakcik tak ada server serata dunia.
  • Boleh guna TLD sendiri - Pakcik boleh Top Level Domain sendiri instead of guna .blogspot.my secara percuma! Choice pakcik adalah cTLD baru pakcik (ayie.my).
  • Boleh letak iklan sendiri - Generate the money bebeh... 
  • ZERO Downtime - Bila last kita dengar Google down? Ada la .. tu pun masa internet kita putus .. Hehehehe 
  • Tak semak kepala - Pakcik tak ada masa dah nak mengadap coding dengan configure itu ini, tak macam muda-muda dulu. Banyak free time.
blogger



Ada Iklan? Yep semestinya ada iklan. Kali ni pakcik guna beberapa provider.
  • mobicow
  • Nuffnang
  • PropellerAds
  • AdsOptimal
So far semua ads tengah jalan kecuali AdsOptimal yang sedang tunggu approval. Harap-harap semua ok.

Lenguh dah menaip, nanti pakcik sambung balik dengan topik baru. So selamat menyambut tahun baru.

Semoga 2017 adalah tahun anda semua sukses.

happy new year 2017

0 comments:

Post a Comment