Monday, January 9, 2017

'Saya baling telur bukan promosi keganasan'


Lelaki yang dirakam melepaskan geram dengan membaling telur di ibu pejabat Digi di Shah Alam menjelaskan beliau bukan mempromosikan keganasan.

Mohd Al Iman Zakaria sebaliknya berkata beliau hanya memperjuangkan hak pengguna, walaupun memohon tindakannya itu tidak dituruti.

“Anggaplah saya sudah mewakili anda semua untuk menghantar signal dan mesej yang sepatutnya ke syarikat telekomunikasi.

“Tiada yang sempurna cuma ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Mereka sudah mendengar , jadi beri mereka sedikit masa perbaiki.

“Kita tunggu apa hasilnya dalam masa terdekat ini,” tulisnya di Facebook semalam. Beliau juga berkata “sebagai pengguna kita harus bersatu”.

Dalam video kira-kira seminit yang kini ditonton lebih 75,000 kali itu, Mohd Al Iman yang hadir berpakaian kerja kelihatan membaling telur di sekitar pejabat syarikat itu dan cuba ditenangkan pekerjanya.

Beliau sebelum itu memuatkan gambar bergaya depan papan tanda Digi dengan memegang beberapa biji telur dengan kapsyen:

“Orang berbudi kita berbahasa, orang tak ambil peduli kita bagi dia rasa”.
Sementara itu, Digi dilaporkan berkata sedang menyiasat dan menyelesaikan aduan lelaki itu dalam tempoh beberapa hari.

Mereka juga berkata sentiasa mengalu-alukan maklum balas pengguna dan akan terus memastikan kepentingan pengguna terpelihara, lapor The Malay Mail Online.

0 comments:

Post a Comment